Tahniah Angah!!


Tahniah Angah kerana berjaya mendapat Master..sekejap je rasa..

Tahniah juga kerana dapat terus sambung Phd..bukan senang tu..

Aku??ehehehe dip.ed pun tak khatam lagi..

0 ulasan:

Selamat tinggal Ramadhan..

Salam..hari ini 28 Ramadhan..alhamdulillah aku muncul kembali dalam dunia blog setelah sekian lama menyepi..bukan tak nak update tetapi kekangan masa dan kerja menyebabkan hilang idea untuk belayar ke blog..
Ramadhan ini bakal berlalu pergi..mungkinkah akan bertemu lagi dengannya tahun hadapan?? bimbang jua tidak ketemu kerana amal tidak seberapa..sedih jua bila mengenangkan masih ramai yang tidak berpuasa walaupun tahu hukumnya wajib.
Terasa benar dengan firman Allah swt yang mafhumnya KITA HANYALAH PENDAKWAH, BUKANLAH KITA YG MEMBERI HIDAYAH..ya betul, bukan kita yg memberi hidayah kerana hidayah datang dariNya..tetapi bukankah kita harus mencari hidayah?? Sampai bila ingin hidup dalam kegelapan??Sampai mati?? satu muhasabah bersama..
Moga Allah swt memberikan hidayahNya kepada diriku, ibu bapaku, suamiku, anak-anakku serta seluruh ahli keluargaku,sanak saudaraku, sahabat-sahabatku dan jua anak didikku..
Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami.Terimalah segala amal kami di bulan ramadhan yg mulai ini..ameen

0 ulasan:

Salam Aidil Fitri

Assalamualaikum wbt..
salam aidil fitri buat semua ahli keluarga, sanak -saudara dan sahabat handai..
ampun dan maaf dipinta andai ada tersalah kata, tersilap bicara, terkasar bahasa yang mengguris jiwa..
moga tarbiyah ramadhan dapat dijadikan bekalan dalam mendepani syawal dan bulan-bulan seterusnya dengan penuh keimanan dan ketaqwaan..
wassalam..
hanis @ ikmkl. 28 Ramadhan

0 ulasan:

Copyright © 2016 LaKarAn haTi and Blogger Themes.