Syabas Skuad Malaysia

Assalamualaikum..
Tahniah & syabas kepada pasukan bola sepak negara yang berjaya mencipta sejarah dengan menjulang PIALA AFF SUZUKI buat pertama kalinya. Biarpun tewas 1-2 kepada Indonesia semalam, Malaysia tetap JUARA..
Tahniah sekali lagi. Moga kecemerlangan ini dapat diteruskan!!!

0 ulasan:

Update and upgrade

Alhamdulillah, berjaya juga melakukan usaha update and upgrade blog ni.. barulah rasa energetik (pinjam kata-kata amin idris) untuk melalui tahun baru..hehe..
Thanx to Kak Murni..=)

0 ulasan:

Azam tahun baru??

Salam..
bulan Disember 2010 makin sampai ke penghujungnya..hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Tahun 2011 bakal menyusul tiba. Soalan yang biasa ditanya pada hujung tahun ini ialah apa azam tahun baru?? Perlukah mempunyai azam?? Adakah azam tahun 2010 telah tercapai??
Sebenarnya kita tidak perlu menunggu hingga ada tahun baru untuk mencipta azam. Islam sentiasa menggalakkan umatnya menjadi lebih baik dari hari-hari semalam. Namun, tidak salah mencipta azam pada tahun baru agar kita lebih fokus dan tahu apa yang kita ingin capai pada tahun tersebut.
Jadi, fikir-fikirkan apakah azam/matlamat yang anda ingin capai pada tahun 2011 agar menjelang 1 Januari 2011 kita tidak lagi terkapai-kapai mencari hala tuju kehidupan..Yang pasti walau di mana kita berada kita tetap berpijak di bumi Tuhan sebagai HAMBA bukan sebagai tuan!!

0 ulasan:

Tahniah Skuad Malaysia!!

TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH kepada skuad muda bola sepak negara yg berjaya membaham garuda dengan tiga gol berbalas kosong pada Ahad lepas.

Ternyata jurulatih negara, K Rajagopal membuat percaturan yang tepat dengan mengenal pasti setiap kelebihan pemain-pemain beliau. Ditambah pula dengan kerjasama sepasukan yang dilihat makin serasi bersama.

Sebenarnya membuat keputusan yang paling tepat pada masa yang tepat bukanlah satu perkara yang mudah. Ia memerlukan kebijaksanaan, pemerhatian dan memanfaatkan ruang serta peluang untuk menghasilkan kejayaan. Orang yang gagal bukanlah orang yang bodoh tetapi ia membuat keputusan yang kurang tepat pada masanya. Orang yang berjaya pula tidak semestinya pandai tetapi ia tahu apa keputusan yang harus dibuat pada masa yang sesuai. Sepertimana Rajagopal mengetahui bila seharusnya mengeluarkan seseorang pemain dan siapa pula yang harus dimasukkan.

Apa pun, moga skuad negara terus beraksi cemerlang malam ini untuk menjulang Piala AFF Suzuki buat julung kalinya..

0 ulasan:

Selamat Pengantin Baru!!

Salam..
Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada semua sahabat /adik-adik yang bakal melangsungkan pernikahan @ baru sahaja melangkah ke alam rumahtangga. Tahniah diucapkan. Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fil khair..
Lagu barakallah oleh Maher Zain ditujukan untuk kalian semua!!!

0 ulasan:

Cuti Sekolah..

Assalamualaikum buat semua.. alhamdulillah masih dikurniakan nikmat Iman dan Islam kurniaan Allah yang maha esa. Tanpa adanya dua nikmat tersebut, siapalah kita. Teringat pada kata-kata Saidina Umar al-Khattab (kalau salah tolong betulkan) "Kami adalah satu kaum yang menjadi mulia kerana ISLAM". Betapa beruntungnya kita menjadi umat Islam yang merupakan khairul ummah (umat terbaik) di atas muka bumi ini.
Cuti sekolah dah lama tiba dan hampir sampai ke penghujungnya. Namun, bagi saya ia sama sahaja. Anak-anak tetap pergi ke nursery seperti biasa kerana ayah dan ummi bekerja. Tak cuti pun. Cuma satu hari, saya berkata kepada Arham" Abang Long gi sekolah ye hari ni". Pantas Arham menjawab"Am cuti dah"...hahaha mentang-mentang member2 dia yang tua xgi nursery, dia pun xnak gi jugak...
Apa pun, ummi dan ayah cuba juga luangkan masa yang ada untuk anak-anak tersayang. Dah lepas senat ni boleh la amik cuti. Tapi cuti-cuti ni nak gi mana??

0 ulasan:

Copyright © 2016 LaKarAn haTi and Blogger Themes.