Azam tahun baru??

Salam..
bulan Disember 2010 makin sampai ke penghujungnya..hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Tahun 2011 bakal menyusul tiba. Soalan yang biasa ditanya pada hujung tahun ini ialah apa azam tahun baru?? Perlukah mempunyai azam?? Adakah azam tahun 2010 telah tercapai??
Sebenarnya kita tidak perlu menunggu hingga ada tahun baru untuk mencipta azam. Islam sentiasa menggalakkan umatnya menjadi lebih baik dari hari-hari semalam. Namun, tidak salah mencipta azam pada tahun baru agar kita lebih fokus dan tahu apa yang kita ingin capai pada tahun tersebut.
Jadi, fikir-fikirkan apakah azam/matlamat yang anda ingin capai pada tahun 2011 agar menjelang 1 Januari 2011 kita tidak lagi terkapai-kapai mencari hala tuju kehidupan..Yang pasti walau di mana kita berada kita tetap berpijak di bumi Tuhan sebagai HAMBA bukan sebagai tuan!!


0 ulasan:

Copyright © 2016 LaKarAn haTi and Blogger Themes.