comel tak??



Comel tak kucing ni???

0 ulasan:

rindunya rasa..

salam..
artikel selamat ulang tahun sayang dlm usrahwave.com menggamit rasa rindu dlm hatiku.. bukan aku tak ingat tarikh itu, tetapi aku merasakan seolah-olah terbayang dia masih lagi bersamaku..
aku tidak pasti bilakah kali terakhir aku bertemu dengannya..tetapi kalau x silap rasanya masa konvo.. maksudnya 2 tahun yg lalu..lepas tu aku cuma dpt tanya khabar melalui telefon n YM sahaja..
rasa hidup ini terlalu singkat..dia pergi sekelip mata shj..segala kenangan ketika di Nilam Puri lagi terbayang di minda satu persatu..paling tak leh lupa masa demo harga minyak naik kat KLCC.. boleh katakan setiap kali demo aku akan pergi dgn dia..cuma demo yang satu ni special sket.. sebab kami kena kejar dgn FRU..lari mcm xcukup tanah..tapi lepas tu memang aku rasakan di situlah manisnya ukhuwah..
rindu terasa amat...namun, kita hanya makhlukNYA..bersifat sementara..apalah daya untuk melawan takdirnya..kita jua akan ke sana..cuma tidak pasti bila...harapan sudah tentu untuk mengakhiri detik-detik di dunia dengan sebaik-baik pengakhiran..
hadirmu cuma seketika.. bertemu dalam satu fikrah..al-fatihah buat sahabatku ika..

0 ulasan:

asssignment...

Assalamualaikum wbt..
alhamdulillah masih lagi dikurniakan nikmat iman dan islam, juga nikmat kesihatan yg baik.. walaupun graf kesihatan diri tak berapa menentu harapnya dikurniakan kekuatan hingga ke akhirnya..
alhamdulillah dh siapkan tugasan assignment LII5013.. tu pun aku nak minta maaf kat k.peja n bibah sebab hantar lewat n kena edit lak keje yg aku buat 2..rasa betul2 dh blur.. gejala kekontangan idea..
la ni ada lagi satu assignment yg perlu disiapkan sebelum aku bercuti panjang.. sbb assignment 2 kena hantar bulan 3 ni...tugasan membuat RPH dalam tulisan jawi..harapnya sempat la aku siapkan sebelum apa2 terjadi...

0 ulasan:

elaun cola...

Assalamualaikum pembuka bicara..

setelah pelbagai desas desus yang melanda negara akhirnya kerajaan mengumumkan tidak akan menarik elaun cola drp kakitangan kerajaan..dilaporkan bahawa isu penarikan cola tidak pernah dibincangkan oleh kerajaan..kalau benarlah begitu, syukur alhamdulillah..ye la rm300 bukan satu nilai yg sedikit..namun begitu, ada juga yg mengatakan sebenarnya memang kerajaan nak tarik elaun cola..kerana sumber yg diperolehi dtgnya dari kementerian kewangan sendiri.. Walau apa pun, harapnya keputusan tidak menarik cola ni adalah keputusan muktamad dan kerajaan prihatin terhadap rakyat terutama golongan sederhana n berpendapatan rendah..
Sebenarnya aku bukan nak cite sangat pasal isu cola ni..cuma aku teringat kepada kata2 seorang pensyarah ketika aku dip.ed hujung thn lepas.. memang aku nak masukkan dlm ni kata2 tu tapi asyik terlupa je..
Isu berkaitan gaji.. persoalannya adakah kita akan memohon suatu jawatan yang tidak menjanjikan apa-apa gaji?? tiada elaun rumah apatah lagi elaun cola. juga tiada cuti tahunan, tiada bonus, kerja 24 jam tanpa henti...sanggupkah kita untuk menggalas jawatan tersebut??
kalau tanya kpd diriku, rasanya tak mampu n x sanggup... tetapi nak dikatakan bahawa ada seorang insan yang sgt istimewa..DIA TIDAK PERNAH KENAL ERTI PENAT LELAH DLM PERJUANGANNYA..DIA SANGGUP MEREDAH TOHMAH DAN FITNAH.. DIA TIDAK PERNAH MEMINTA UPAH ATAU MEMOHON CUTI..SIAPAKAH DIA??
DIA RASUL MULIA, MUHAMMAD SAW..
ALLAHUMMA SOLLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA AALI MUHAMMAD

0 ulasan:

kerja, kerja dan kerja...

SALAM...
hari ni sampai ikm tepat2 kul 8am.. masa nak punch in, mesin 2 dok nyanyi2 menandakan jam tepat kul 8.. terlewat sket kuar rumah hari ni..mungkin gak sebab smlm letih sgt..
hmm assignment LII xsiap lagi..sorry ek kak peja..nanti sy emel bila dh siap..pening gak nak wat.. kalau wat individu memang lagi pening laa..
ni dok siapkan attendance n borg2 lain.. mcm biasa..keje cikgu ni bukan sekadar mengajar je..bab2 teknikal pun kena urus sendiri..nak fotostat dsb..
ok..nak sambung keje..

0 ulasan:

ketawa pengubat duka



ketawa pengubat duka..

namun hendaklah berpada-pada..

0 ulasan:

tugasan hakiki...

salam
alhamdulillah... hari ni masuk minggu ke 3 utk semester ni.. terasa masa berlalu begitu pantas.. terasa jua sedikit sebanyak perubahan dalam tugasan hakiki sebagai guru.. ternyata kursus diploma pendidikan yg diikuti hujung thn lepas banyak memberi input menarik untuk diaplikasikan dalam bilik darjah.. harap2nya tercapai la objektif P&P...
al kisah setiap semester pasti ada kelas yang buat aku mcm nak semput lepas mengajar.. tapi 2 la cabaran sebagai seorang pendidik..tanpa diorang, mungkin aku xde kat ikm ni..
tup tup skang ni dah nak masuk 2 tahun aku mengajar di ikm.. terlalu byk pahit manis yang diharungi..banyak benda yg aku belajar... aku lebih mengerti bahawa dunia ini bukan sahaja dihiasi dengan warna-warna pelangi yang indah tetapi ada masanya menjadi langit mendung atau hujan lebat diiringi kilat sabung menyabung....
emm...fikir2kan

0 ulasan:

MEOW!!!









0 ulasan:

INSPIRASI HATI..



di kala senang, dia teman setia
di kala susah, dia penyeri jiwa..
di kala suka, dia senyum tertawa..
di kala duka, dia pengubat luka..
DIA..INSAN TERISTIMEWA.

0 ulasan:

sambungan erti sebuah kebahagiaan




Bahagia tak??

0 ulasan:

Erti sebuah kebahagiaan..

Apakah erti sebuah kebahagiaan? Adakah anda bahagia dengan kehidupan kini?? Bahagia merupakan sesuatu yg subjektif..ada orang bahagia mendapat kereta besar, ada yang bahagia memiliki isteri yang cantik, ada yang bahagia dapat melancong ke serata dunia.. Namun, itukah bahagia yang kita cari??Kebahagiaan yang hakiki apabila kita mendapat cinta Ilahi..redha dengan segala apa yang dimiliki.. Bahagia dengan memberi bukan dengan menerima.. Bahagia macam kucing ni x??

0 ulasan:

ala2 schumy..

salam... minggu ni aku dh mula rasa sakit2.. isnin hari 2 jadi ala2 michael schumacher.. ingat2 balik memang menakutkan..paling geram sebab kena himpit dgn kete lain..pe pun alhamdulillah sampai tepat2 kul lapan.. lepas kejadian 2, aku rasa cam letih nak rush n kejar punch kad.. lagi2 skang ni dh mula kelas.. memang agak letih..so bermula hari selasa aku nekad kuar umah lebih awal..rasa lebih tenang n relax..x perlu terkejar2..
dalam keadaan aku skang yang dh nk masuk 8 bulan ni, memang pelbagai kesakitan mula terasa.. cuma aku selalu bermohon moga diberi kekuatan untuk aku terus mengajar n menjalankan tugas aku dengan baik..memang kali ni aku rasa lebih letih berbanding masa arham n afiq dulu..pe pun, moga selamat dalam lindungan Allah swt..
sem ni aku ngajar sem 1, 2, 3/4... banyak benda gak la kena catch up.. ditambah pula dgn assignment yang xsiap lagi.. bila fikir2 memang serabut..tp 2 la lumrah kehidupan.. ada kala lapang ada kala sempit..cuma kadang2 kita selalu alpa bila tibanya masa lapang.. apa pun, harap aku dpt setelkan sume keje sebelum bercuti panjang..

0 ulasan:

tinta jendela baru..

Assalamualaikum wbt..
lama sungguh menyepi dari dunia blog ni.. alhamdulillah hari ni berkesempatan menjengah kembali laman yg telah lama ditinggalkan..
tahun berganti tahun...bukan shj 2009 melabuhkan tirai tetapi tahun hijrah turut bertambah.. Awal muharam yg lalu mungkin ramai yg hanya menikmati ia sebagai satu hari cuti umum.. tetapi sejauh mana kita mengkoreksi diri, menghitung amal atau dosa yang dilakukan secara sengaja@ tidak .. sekaligus menghitung hari2 dunia akan berakhir atau mungkin kita yang akan pergi dulu..
Siapakah yang peduli apa yang kita lakukan?? mungkin tiada insan yang begitu prihatin dgn kita.. tapi sedarkah kita ada suatu kuasa yang sentiasa memerhatikan kita, memberi kita petunjuk atau memberi kita ujian agar kita tidak tersasar jauh dariNYA??? DIA lah ALLAH SWT.. TUHAN SEKALIAN ALAM..YG SENTIASA MEMBERI TANPA MENGHARAP UNTUK MENERIMA.. tetapi kita, bagaimana??
Tahun 2010 menjelang jua.. diiringi dengan gerhana bulan yg indah.. pelbagai program ilmiah diatur..namun sambutannya tidaklah menggalakkan seperti konsert2 atau perhimpunan menunggu detik 12 tengah malam.. betapa dunia makin dekat dgn hari2 akhirnya..
teringat pada perbualanku dgn abang 1 Januari lalu...berapa ramaikah anak bangsa kita yg tersasar ataupun lebih tepatnya mungkinkah ada anak-anak luar nikah 9 bulan dr sekarang hasil dari kegembiraan menyambut tahun baru... Takut menyelinap rasa hati mengenangkan muda mudi yang dah tak kenal dosa pahala..bertambah takut andai ada insan2 yg ku kenali terjebak dlm lumpur dosa.. lantas jauh di sudut hati ku berdoa moga kami, anak2 kami, ahli keluarga kami, anak2 didikku terpelihara drp segala maksiat....ameen

0 ulasan:

Copyright © 2016 LaKarAn haTi and Blogger Themes.