4S UNTUK MOTIVASIKAN DIRI PADA WAKTU PAGI

Pernah tak kita rasa malas nak bangun dari tidur?
Em di sini saya ingin kongsikan beberapan tips motivasikan diri pada waktu pagi:

1. Syukur
Pertama sekali. sebaik sahaja bangun dari tidur kita seharusnya mengucapkan rasa syukur kepada Allah s.w.t. Kalau tidak ingat doa bangun dari tidur, paling kurang sebutlah alhamdulillah. Alhamdulillah kerana kita masih lagi bernyawa dan bernafas. Alhamdulillah kerana dikurniakan tubuh badan yang sihat, mata masih dapat melihat, telinga masih boleh mendengar, tangan boleh bergerak dan kaki bisa berjalan. Yang paling penting, ucaplah rasa syukur kerana kita masih lagi dikurniakan nikmat IMAN dan ISLAM yang tidak ternilai harganya.

2. Solat.
Tips kedua ialah solat. Solat Subuh jangan ditinggalkan begitu juga dengan solat fardu yang lain.

3. Senyum
Senyumlah kepada ahli keluarga tersayang atau rakan serumah. Walaupun hati tidak begitu gembira, ia sedikit sebanyak memberi cahaya untuk hari tersebut.

4. Salam
Berilah salam kepada orang yang kita jumpa. Apabila kita memberi salam, kita sebenarnya sedang mendoakan orang lain. Kemudian, jawapan salam itu pula merupakan doa untuk diri kita. Perasan tak?

p/s: tips ni diadaptasi daripada ucapan Pn Zaihusny semasa Perhimpunan Bulanan IKMKL baru-baru ini. Kalau tak percaya, boleh cuba. (peringatan untuk diri sendiri yang selalu alpa)

0 ulasan:

AKUKAH YG BERSALAH?

Akukah yg bersalah,
di kala mereka tidak lengkap solat fardhunya..

Akukah yg bersalah,
di kala mereka secara jujur mengaku tak puasa..

Akukah yg bersalah,
di kala mereka tidak tahu hormat orang tua..

Akukah yg bersalah,
di kala mereka ponteng kelas agama..

Akukah yg bersalah???

0 ulasan:

PRAKTIKUM..

Assalamulaikum wbt..
alhamdulillah setelah melalui pahit maung, jerit perih dan mcm2 lagi la tempoh praktikum berakhir jua..xdapat nak gambarkan perasaan dgn kata2..yg pasti ada nada kelegaan pada setiap nafas kini..cuma tunggu result je la..harap2 sume ok..
time kasih buat sume terutama tn hj ishak yg memberi kritikan membina dan jua buat ahli keluarga atas sokongan selama ini. Penghargaan istimewa buat anak-anak didikku yg memberikan komitmen dan kerjasama sepenuhnya..memang satu pengalaman yg berharga dan tidak dpt dilupakan..
sambung master?? ada juga impian..tapi xtau bila akan tercapai. tunggu dulu la kot..hehehe

0 ulasan:

Copyright © 2016 LaKarAn haTi and Blogger Themes.