MLM??

Assalamualaikum wbt..
apa khabar semua?? harap-harap semua sihat walaupun dalam keadaan cuaca yang x menentu sekarang.. alhamdulillah sesi julai-disember 2012 hampir berakhir..banyak juga kerja-kerja hakiki yang hampir dilunaskan..moga segalanya dipermudahkan Allah swt..

baru saja lepas membaca blog jhazkitaro tentang MLM..dulu saya ada juga terfikir nak tulis pasal MLM ni..tapi terbantut..jadi lepas baca blog jhaz tiba-tiba terbuka pintu hati untuk menukilkan sebuah kenangan yang agak pahit dan kelat untuk diimbau semula..

segala-galanya bermula lebih kurang 10 tahun yang lalu (tahun 2002)..waktu tu masih belajar di APIUM Nilam Puri..asalnya memang saya tak berminat dengan MLM ni..takut nak ambil risiko..tetapi bila kakak sendiri join dan approach saya menjadi downline..saya pun mula mencuba..dengan modal lebih kurang RM500 (ambil duit simpanan) huhu... saya pun join...alhamdulillah ramai juga yang join..cuma satu benda yang saya tak berapa nak suka ialah nak mencari downline..sampai satu level kita dijanjikan dengan gaji RM3K sebulan dan melancong ke Sydney...namun ternyata itu semua duniawi semata-mata.. mungkin sebab bisnes yang x berapa nak berkat, akhirnya banyak duit dihabiskan dan tak dapat pun gaji RM3K sebab tak cukup syarat (points)..

Malas nak ingat balik panjang-panjang..cuma, saya ambil ia sebagai satu pengajaran..tiada jalan pintas untuk menjadi kaya..saya berubah menjadi seorang yang negatif selepas tu..saya melarikan diri daripada downline, x angkat telefon (termasuk call dari upline yang selalu paksa gi function)..

Justeru, walaupun berat untuk melafazkan tetapi kena cakap jugala.. Saya mohon maaf banyak-banyak kepada downline saya (kesemuanya sahabat-sahabat saya) kerana melibatkan anda semua dalam bisnes MLM OT (nama ringkas)..saya tahu kebanyakan anda kecewa seperti mana saya jua..jika ada yang terbaca tulisan ini sebarkanlah salam maaf saya kepada sahabat2 lain..moga ia menjadi pengajaran berguna buat kita semua dan tidak mudah lagi tertipu@terpedaya selepas ini..

JUTAAN KEMAAFAN DIPOHON KHUSUS BUAT SAHABAT-SAHABAT APIUM NP BATCH 2002/2003..terutama aini, aina, kak hifzan, kak ferizah dll..

5 ulasan:

'TEGAS' Rahsia 11 anak berjaya


Tumpat: Perlu garang dan tegas, namun jangan sekali-kali memukul anak, itulah amalan seorang bapa tunggal membesarkan 11 anaknya.

Hasilnya, 11 anak Hassan @ Malik Omar, 75, kini berjaya, ada yang menjawat jawatan sebagai doktor, guru, tentera laut dan ahli perniagaan.
Lapan tahun hidup keseorangan selepas kematian isteri tersayang, Esah Mamat, 62 akibat kencing manis, bapa tunggal yang lebih mesra dengan panggilan Pak Su Malik itu tidak pernah mengongkong hidup anaknya, tetapi tidak membiarkan mereka terlalu bebas.

Tak pernah pukul anak

“Saya tegas dengan anak terutama dalam hal keagamaan, namun saya tidak pernah ‘sentuh’ anak walaupun ada dalam kalangan mereka yang melakukan kesalahan sebaliknya hanya mengugut dan mendenda.

“Kami juga tidak pernah membiarkan anak bermalam di rumah orang lain bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku,” katanya.

Menyingkap kembali pengalaman membesarkan anak yang ramai dalam keadaan serba kekurangan, warga emas yang berasal dari Kampung Geting itu berkata, dia terpaksa melakukan lebih daripada satu pekerjaan untuk menyara keluarga.
“Saya menanam padi dan menangkap ikan di laut. Saya turut mengambil upah membuat rumah,” katanya.

Walaupun seharian sibuk dengan pekerjaan rutin, waktu malam digunakan Pak Su Malik mengajar anaknya mengaji al-Quran sehingga semuanya khatam dalam usia muda.

Memilih sekolah aliran agama untuk semua anaknya, Pak Su Malik memberikan alasan membekalkan ilmu agama secukupnya bagi membolehkan mereka membezakan perkara buruk dan baik.

Lebih membanggakan, baru-baru ini beliau terpilih sebagai penerima Anugerah Keluarga Mawaddah DUN Pengkalan Kubor dan anugerah sama untuk peringkat negeri Kelantan anjuran Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Kerajaan Negeri Kelantan.

sumber: bharian online

0 ulasan:

Salam Eidul Adha 1433H

Assalamualaikum wbt kepada semua pembaca blog merangkap blogwalkers..
Selamat hari Raya Aidil Adha buat semua tidak kira di mana sahaja anda berada..
kekadang kita berada di atas, kekadang kita di bawah..
kekadang kita dipuji, kekadang kita dicaci,
bumi mana yang tak ditimpa hujan,
Lautan mana yang tidak bergelora,
Walau apa jua ujian yang menimpa,
ia mungkin sekelumit cuma jika dibanding dengan pengorbanan Siti Hajar..
Jua pengorbanan Nabi Ismail a.s yang rela disembelih sebagai tanda akur kepada Pencipta..
Jua ketabahan Nabi Ibrahim a.s menyembelih anak lelaki kesayangannya..
kita mungkin tidak diuji hingga tahap mereka..
betapa banyaknya nikmat yang Allah berikan..
kekadang jadi takut dengan luasnya nikmat Allah..
takut alpa dan lalai dengan segala kemewahan dan kesenangan dunia..
"lalu nikmat Allah yang manakah yang kau dustakan???"

0 ulasan:

Mencari kekuatan..

Assalamualaikum wbt..
kesibukan dunia kekadang membawa kita alpa..
Namun, ia juga boleh menjadi saham kita di akhirat sana..
Rasa terlalu letih dengan pelbagai jenis tugasan dan tanggungjawab..
Mungkinkah graf iman sedang merudum???

0 ulasan:

Umi sayang semua...

                                                        kenangan tika aidilfitri yang lalu

UMI SAYANG ANAK2 UMI SEMUA..MOGA SEMUA JADI ANAK2 YANG SOLEH DAN SOLEHAH..

*mod bz..menenangkan hati dgn pos gambar ni..=)

0 ulasan:

sambung master?? part 2

Assalamualaikum wbt.. hati sudah mula redha dengan ketentuan Allah..pasti ada hikmahnya tidak boleh mula belajar bulan Sept ni..apa pun, sekarang sedang merisik-risik universiti yang menawarkan master pendidikan secara kerja kursus..antara pilihan yang ada ukm, upm dan um..insya Allah boleh mohon untuk kemasukan Feb 2013

 1.UKM.. saya banyak dapat info daripada sahabat baik masa di KISAS, Aini Alias..sekarang dia tengah sambung master dan nak masuk semester 2..overall ok cuma isi borang je apply..

 2.UPM.. baru tadi terjumpa bidang pembelajaran dalam master pendidikan (kurikulum dan pengajaran)..ingatkan takde p.islam..rupa-rupanya ada..alhamdulillah..dekat sikit perjalanan dari rumah..harap-harap ada kelas petang@ weekend je..

3.UM.. universiti tertua dan ternama..universitiku ketika belajar degree.. cuma UM tidak tawarkan secara kerja kursus..yang ada kombinasi kerja kursus dan disertasi.. bimbang tersangkut di disertasi (tesis) tu..

 Apa pun, matlamat utama nak sambung master ni ialah nak cari ilmu..tambahkan ilmu.. mungkin kehidupan akan berubah menjadi susah (macam waktu dip.ed dulu), namun, harap-harap Allah permudahkan jalan orang-orang yang menuntut ilmu ni.. moga semangat menggenggam segulung sarjana terus berkobar-kobar hingga ke akhirnya.. amin.. Rabbi Yassir wa la Tu'assir.. *p/s: doakan saya ye =)

2 ulasan:

sambung master?? part1

Salam Ramadan... sambung master?? nak atau tak nak?? kalau nak, mod pengajian? kerja kursus @ penyelidikan? al-kisah, pendaftaran untuk kerja kursus dah ditutup di kebanyakan universiti seperti UM dan UKM..huhu sedihnya.. kalau penyelidikan memang sentiasa dibuka sepanjang tahun.. masalahnya, mampukah sambung dalam penyelidikan tanpa pengawasan rapi daripada supervisor?? * mod muhasabah diri & mencari jawapan sebenar..

0 ulasan:

Guna inhaler waktu puasa

Soalan: "Adakah orang yang berpuasa boleh menggunakan inhaler pada siang Ramadan?" Dijawab oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin; Menggunakan inhaler bagi yang berpuasa hukumnya boleh, sama ada ianya puasa Ramadhan ataupun yang lainnya. Kerana inhaler itu tidak sampai ke perut tapi hanya berfungsi melegakan saluran pernafasan dan penggunaannya pun hanya dengan bernafas seperti biasa. Jadi hal ini tidak seperti makan dan minum. Sebagaimana diketahui, bahawa hukum asal puasanya adalah sah sampai ada dalil yang menunjukkan rosaknya puasa, baik dari Al-Kitab, As-Sunnah, Ijma’ ataupun Qiyas yang Sahih. [Fadha’il Ramadhan, disusun oleh Abdurrazaq Hasan, Soalan no. 1] [Disalin dari bukuAl-Fatawa Asy-Syar’iyyah Fi Al-Masa’il Al-Ashriyyah Min Fatawa Ulama Al-Balad Al-Haram, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Terkini, Penerbit Darul Haq] Sumber :Disunting dan dialihbahasa dari http://www.almanhaj.or.id/ * dipetik daripada fiqhmedic.wordpress.com

0 ulasan:

belajar tentang nilai..

Assalaamualaikum wbt.. Alhamdulillah baru sahaja selesai urusan di Maybank tengahari tadi.. Al-kisah boleh pulak salah kira n tak cukup duit nak wat bank draf..huhu jarang-jarang berlaku pada diri ini. Biasanya saya sangat cermat benda-benda camni.. Apa pun, dapat top up duit dari mesin ATM..selesai, syukur sangat. Sebenarnya nak cerita pasal nilai. Masa saya tengah isi borang, ada seorang nenek uzur juga baru sampai dan duduk di situ. Dia tanya ni bank apa? Saya jawab "Maybank" Cara dia cakap slanga Indonesia..mula-mula ingatkan dia Chinese.. Sekali tiba-tiba ada seorang adik cakap kat nenek ni dia nak duduk situ nak isi borang.. terpaksa la nenek tua ini bangun.. Saya hanya memandang kepada adik tadi. Memang cara dia cakap baik dan beradab, tapi apa salahnya dia isi borang sambil berdiri?? pelik bin ajaib.. Saya yang memang dalam kebingungan tak mampu berkata apa-apa..hanya melihat nenek tua tadi beredar pergi..dalam hati kasihan kepada nenek itu.. Nilai duit kalau tak cukup RM1 maka kita kena tambah RM1 la.. tapi nilai adab dan sopan bagaimana pula?? *sekadar luahan rasa. peringatan buat diri sendiri yang mungkin akan sampai menjengah usia tua..

2 ulasan:

menanti ketibaan Ramadan..

Assalamualaikum wbt.. hari ni dah pun 24 Syaaban.. hanya tinggal 6 hari saja lagi untuk kita menyambut ketibaan Ramadan. Mungkin ramai adik-adik yang dah berkira-kira target duit raya tahun ni. Namun, adakah kita yang telah dewasa bersikap sama @ lebih kurang dengan kanak-kanak ini? Mana lebih utama, Ramadan @ Syawal? Puasa @ Raya?? Justeru, mari kita sama-sama bermuhasabah diri dan berazam untuk meningkatkan amal dalam bulan Ramadan. Kalau tahun lepas, puasa hanya menahan lapar dan dahaga, tahun ini ditambah dengan puasa mata dan telinga. Kalau tahun lepas, solat terawih jarang-jarang ditunaikan, tahun ini digandakan lagi. Kalau tahun lepas, kurang bersedekah, tahun ini rajin-rajin bersedekah walaupun hanya RM1... Janganlah kita menjadi orang-orang yang rugi apabila mensia-siakan bulan Ramadan. Bulan yang hanya setahun sekali namun ganjarannya berlipat kali ganda. Moga Allah memberi kita kekuatan untuk berpuasa, membaca Al-Quran, solat sunat, sedekah dan melakukan pelbagai lagi amal ibadah dalam bulan Ramadan yang akan datang. Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami. Berkatilah kami dalam bulan Syaaban dan sampaikan kami dengan Ramadan. amin

0 ulasan:

saya suka baca.....

Apakah buku yang paling anda suka? Dulu-dulu waktu sekolah suka baca novel..macam-macam novel baca, karya Zuraidah Othman, Norhayati Berahim, Ahadiat Akashah dll sekadar menyebut beberapa nama.. Lepas tu, suka baca buku motivasi..buku Fadzilah Kamsah, H.M Tuah, Fadzli Yusof.. Kemudian, saya suka baca novel sejarah Islam karya Pak Latip Talib.. memang best.. mula-mula macam bosan tapi lama-lama baca banyak ilmu dan info menarik.. Yang paling saya suka buku Sultan Muhammad Al-Fateh.. Anda suka buku apa??

7 ulasan:

kisah Wahsyi

Siapakah Wahsyi? macam pernah dengar namanya.. Dia merupakan seorang hamba yang menerima tawaran Hindun untuk membunuh bapa saudara Nabi SAW, Saidina Hamzah dalam peperangan Uhud. Tawaran yang dikira lumayan itu disahut kerana Wahsyi ingin memerdekakan dirinya daripada menjadi hamba.. Dikenali sebagai sharp shooter (penembak lembing yang tepat) eh betul ke penembak lembik, dia hanya melontar lembing dari jauh lalu tepat mengenai tubuh badan Saidina Hamzah..akhirnya, Saidina Hamzah mati syahid dalam peperangan tersebut seperti yg kita semua sedia maklum.. Walaupun Wahsyi merupakan pembunuh bapa saudara Nabi SAW, Nabi SAW tidak menyimpan dendam malah mengutus sahabat untuk berdakwah kepadanya.. Nabi SAW meminta sahabat tersebut membacakan ayat Al-Quran kepada Wahsyi..Kali pertama, gagal.. kali kedua dibacakan ayat yang mafhumnya "Allah mengampunkan semua dosa bagi sesiapa yang dikehendakiNYA kecuali dosa syirik." Wahsyi menjawab mungkin Allah mengampunkan semua dosa tetapi tidak dosa-dosanya.. Kali ketiga, dibacakan pula kepada Wahsyi ayat Al-Quran yang mafhumnya "Janganlah kamu melampaui batas terhadap dirimu".. Mendengar ayat ini barulah Wahsyi terbuka pintu hati untuk memeluk Islam.. p/s: kisah ini dipetik daripada siri Motivasi Pagi IKIM.FM oleh Ustaz Ebid.. malam ni boleh dengar ulangannya di ikimfm jam 7.30 malam.. Sesiapa yang ingat 3 ayat yang dibaca kepada Wahsyi tu daripada surah apa, boleh maklumkan ye..terima kasih =)

5 ulasan:

Nak jadi penulis?

Salam. Haa, tengok tajuk pun dah tahu.. ada tak sesiapa nak jadi penulis buku?? sekarang ni hampir semua orang menulis di laman sosial, blog atau alam maya..ada juga dah hasilkan karya melalui media cetak dan ada juga yang belum dan masih memasang angan-angan (saya la tu).. hehehe.. kekadang rasa semangat gila nak menulis..tapi kekadang rasa down.. rasa apa yang kita tulis tak berkualiti, tak menarik, bosan dan sebagainya.. Jadi kawan-kawan yang menjadi penulis sekalian, apa tips anda kekal semangat untuk menulis?? Boleh kongsi di sini.. terima kasih..

0 ulasan:

Mati itu pasti

Assalamualaikum wbt.. Menerima berita kematian seorang sahabat menyebabkan jantung umpama berhenti berdenyut. Dalam usia yang masih muda, sahabatku pergi menemui Pencipta Teragung.. Selang beberapa minggu, terima pula satu lagi berita kematian. Perginya seorang ulama' Al-Fadhil Ustaz Yahya Othman bermakna hilanglah jua ilmu yang ada padanya.. Ya, kematian suatu peringatan yang cukup menginsafkan. Jauh di sudut hati, saya memohon agar Allah mempersiapkan dunia ini untuk hambanya yang hina lagi dhaif ini pergi tenang menghadap Tuhannya.. Ya Allah, jangan sampai kami leka dan terpaut dengan harta dunia hingga mengabaikan hakMU dan agamaMU.. Kurniakan kami kemanisan dalam beribadah, kelazatan iman agar kami juga dapat menikmati nikmat syurga yang KAU janjikan. Kematian kami telah KAU tentukan. Maka kami mohon padaMU ya Rahman, agar kami meninggalkan dunia ini dengan husnul khatimah.. Allahumma baariklanaa fi rajab wa syaaban wa ballighnaa ramadhaan. Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan rejab dan syaaban serta sampaikanlah kami dengan bulan ramadhan yang penuh keberkatan. Ya Rab, kuatkan iman kami, tabahkan hati kami, kurniakanlah kami kekuatan fizikal agar kami dapat menunaikan puasa dengan baik dalam ramadhan akan datang dan menghidupkan malam-malamnya dengan terawih, tahajud dan tilawah Al-Quran.. Amin amin ya rabbal 'alamin..

0 ulasan:

bersawang??

Assalamualaikum wbt.. lama sungguh membiarkan blog kesayangan ini terbiar. Kalau rumah memang dah bersawang dah.. hehehehe..terlalu pantas masa berlalu..terlalu banyak peristiwa yang berlaku.. pahit manis ditempuhi.. moga kehidupan mendatang menjanjikan sesuatu yang lebih bermakna.. ingin memberi nafas baru terhadap blog ini..ada impian yang belum tertunai.. moga menjadi kenyataan..ameen

0 ulasan:

wordless wednesday

0 ulasan:

SBPA batal!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

PM baru sahaja mengumumkan bahawa SBPA dibatalkan dan SSM dikekalkan tetapi dgn penambahbaikan.. Antara isi utama yang menarik:

1. Gaji kakitangan awam kumpulan pelaksana dan Pengurusan & Profesional (gred 1-54) naik 13%..alhamdulillah.. gred utama A,B,C naik 9%, gred TURUS II dan III naik 8%, TURUS I dan KSN naik 7%...
2. Kenaikan tahunan gred 1-54 antara RM80-RM320..
3. elaun kritikal dikekalkan
4. elaun COLA bagi kawasan B dan C naik RM50 (dari RM200 ke RM250 dan RM100 ke RM150)
5. time based bagi guru adalah ikut SBPA

sekian, untuk makluman kakitangan awam..cuma umur persaraan tidak dinyatakan pula kekal 56@58 ataupun naik ke 60.

2 ulasan:

Apa Ertinya Saya Menganut Islam?



tentatif program:
Hari Pertama (25 Februari 2012)

Kualiti Intrapersonal

8.30 pagi : Pendaftaran

9.00 pagi : Kata-kata aluan

9.15 pagi : Mengertikan Kembali Islam dan Muslim [Muslim Syariatik dan Saintifik]

10.15 pagi : Rehat & Minum Pagi

10.30 pagi : Muslim Pada Kepercayaan

12.00 tengahari : Rehat

12.15 tengahari : Muslim Pada Ibadah

1.30 petang : Rehat/Makan Tengahari/Solat Zohor

2.45 petang : Muslim Pada Akhlaq

3.45 petang : Soal Jawab

4.30 petang : Bersurai



Hari Kedua (26 Februari 2012)

Kualiti Interpersonal

9.00 pagi : Kata-kata aluan

9.15 pagi : Muslim Pada Rumahtangga

10.15 pagi : Rehat & Minum Pagi

10.30 pagi : Muslim Pada Rumahtangga (sambungan)

12.00 tengahari : Rehat

12.15 tengahari : Muslim Pada Minda Sedar dan Kawal Diri (Taqwa)

1.30 petang : Rehat/Makan Tengahari/Solat Zohor

2.45 petang : Meyakini Prospek Masa Depan Islam

3.45 petang : Soal Jawab

4.30 petang : Bersurai

Teringin sangat nak pergi seminar ni. Moga Allah beri kelapangan masa dan permudahkan urusan.jom sama-sama kita tambah ilmu!

3 ulasan:

Doa yang tidak diperkenankan

Dari Abu Hurairah r.a katanya,:Rasulullah SAW bersabda:
Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul. Firman-Nya: Wahai para rasul, Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (al-Mukminun:51) Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu...(al-Baqarah:172) Kemudian Nabi SAW menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa:Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! . Padahal makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diasuh dengan makanan yang haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya.

e-hadith

0 ulasan:

Kepentingan Menjaga Solat

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:� Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?� Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. �

*e-hadith, jakim

2 ulasan:

Niat pokok segala amalan

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin Umar ibnul Khattab katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Hanya sanya sah segala amalan itu dengan berniat dan sesungguhnya setiap orang akan mendapat sesuatu berdasarkan niatnya. Sesiapa yang berhijrah dengan niat kerana Allah dan rasulnya, maka hijrah itu diterima oleh Allah dan rasulnya dan sesiapa berhijrah kerana dunia yang dicarinya atau kerana wanita yang akan dikahwininya maka hijrahnya itu akan menghasilkan sesuatu selaras dengan niat hijrahnya itu.”

dipetik dari laman web jakim (e-hadith)

0 ulasan:

blogwalking..

berjalan di alam maya...
menerjah blog para blogger..
mencari ilmu...

0 ulasan:

2012..tahun penuh cabaran

Assalamualaikum..
alhamdulillah hari ini berpeluang menitipkan rasa di blog Lakaran Hati yang telah lama dibiarkan sepi..
bukan tak sudi tetapi kesibukan dengan pelbagai tugasan dan kekontangan idea untuk menulis menyebabkan blog ini terbiar bagai tak bertuan..maaf jika ada pengikut setia (ada ke??hehehe) yang buka blog ini tapi tiada maklumat terkini..
2012 telah menjengah dunia..kalau filem 2012 menggambarkan dunia akan kiamat, realitinya 2012 penuh dengan pelbagai cabaran.. masing-masing punya azam dan impian. impian dalam keluarga, kerjaya dan sebagainya.. Cuma, satu sahaja yang seharusnya kita tidak lupa..walau di mana kita berada, walaupun kita adalah presiden negara sekalipun sebenarnya kita hanyalah hamba..hamba kpd Tuhan yang menciptakan bumi tempat kita berpijak. Tuhan yang menegakkan langit tanpa tiang sebagai tempat kita bernaung..
Moga 2012 menjadikan kita lebih dekat kepadaNYA..
Ya allah, terimalah hambaMU yang hina ini...

0 ulasan:

Copyright © 2016 LaKarAn haTi and Blogger Themes.