kisah Wahsyi

Siapakah Wahsyi? macam pernah dengar namanya.. Dia merupakan seorang hamba yang menerima tawaran Hindun untuk membunuh bapa saudara Nabi SAW, Saidina Hamzah dalam peperangan Uhud. Tawaran yang dikira lumayan itu disahut kerana Wahsyi ingin memerdekakan dirinya daripada menjadi hamba.. Dikenali sebagai sharp shooter (penembak lembing yang tepat) eh betul ke penembak lembik, dia hanya melontar lembing dari jauh lalu tepat mengenai tubuh badan Saidina Hamzah..akhirnya, Saidina Hamzah mati syahid dalam peperangan tersebut seperti yg kita semua sedia maklum.. Walaupun Wahsyi merupakan pembunuh bapa saudara Nabi SAW, Nabi SAW tidak menyimpan dendam malah mengutus sahabat untuk berdakwah kepadanya.. Nabi SAW meminta sahabat tersebut membacakan ayat Al-Quran kepada Wahsyi..Kali pertama, gagal.. kali kedua dibacakan ayat yang mafhumnya "Allah mengampunkan semua dosa bagi sesiapa yang dikehendakiNYA kecuali dosa syirik." Wahsyi menjawab mungkin Allah mengampunkan semua dosa tetapi tidak dosa-dosanya.. Kali ketiga, dibacakan pula kepada Wahsyi ayat Al-Quran yang mafhumnya "Janganlah kamu melampaui batas terhadap dirimu".. Mendengar ayat ini barulah Wahsyi terbuka pintu hati untuk memeluk Islam.. p/s: kisah ini dipetik daripada siri Motivasi Pagi IKIM.FM oleh Ustaz Ebid.. malam ni boleh dengar ulangannya di ikimfm jam 7.30 malam.. Sesiapa yang ingat 3 ayat yang dibaca kepada Wahsyi tu daripada surah apa, boleh maklumkan ye..terima kasih =)


5 ulasan:

  1. Kakak pun dengar pagi ini masa driving ke tempat kerja. Setiap pagi utk bulan ini Ust Ebid Liew Ibrahim akan ke udara.

    Radio kakak memang sentiasa on IKIM FM..

    BalasPadam
  2. ye kak zakie..sama la kita..pagi-pagi drive gi kerja sambil dengar ikim.fm..

    BalasPadam
  3. Assalam..
    Teringat kembali kisah para Sahabat ni..
    thanks. Dulu time sekolah je nak boleh dengar ustaz cerita.

    BalasPadam
  4. Al-Furqan ayat 68-70
    An-Nisa ayat 48
    Az-Zumar ayat 53

    Baru sahaja dengar kisah ini tadi... =)

    BalasPadam

Copyright © 2016 LaKarAn haTi and Blogger Themes.