Dedikasi buat sahabat..

Salam..hari ni start masuk kerja balik..even mata pun belum sihat sepenuhnya
Sebenarnya aku masih bersedih atas pemergian sahabat baikku, ika.. Jumaat lepas aku bergegas ke JB selepas mendapat berita pemergiannya..actually aku mc sebab sakit mata..abang pun sama.. namun jalan yang jem ditambah faktor hujan sepanjang perjalanan membataskan kelajuan avanza kami.. apa pun, aku bersyukur kerana pernah memiliki kawan yg sgt baik sepertiya..
kesian jugak kat abang..dalam pada mata merah2 kena pulak drive jauh2..sampai dekat dgn tangkak dpt mesej kata dh selamat dikebumikan..perjalanan kami jd semakin perlahan..nak terus ke pasir gudang jauh lagi..akhirnya kami terus ke umah kak ida di JB..
aku semacam x percaya..terasa segar segala kenangan bersamanya.. berlari bersama2 tatkala dikejar FRU suatu tika dahulu..memecut motor ke kuliah bersama..pelbagai lagi kenangan menerjah ruang fikiran..dialah yang banyak membantu tatkala aku dok pening nak bertunang n nikah dulu..namun, aku akui sejak berumahtangga kami jarang2 berhubung..masa dapat berita dia sakit dulu pun aku x berkesempatan menziarahnya..
apa pun, semua itu tinggal kenangan..cuma 1 je aku agak terkilan..sebab x sempat bawa arham n afiq jumpa mujahidah sepertinya...


0 ulasan:

Copyright © 2016 LaKarAn haTi and Blogger Themes.