MLM??

Assalamualaikum wbt..
apa khabar semua?? harap-harap semua sihat walaupun dalam keadaan cuaca yang x menentu sekarang.. alhamdulillah sesi julai-disember 2012 hampir berakhir..banyak juga kerja-kerja hakiki yang hampir dilunaskan..moga segalanya dipermudahkan Allah swt..

baru saja lepas membaca blog jhazkitaro tentang MLM..dulu saya ada juga terfikir nak tulis pasal MLM ni..tapi terbantut..jadi lepas baca blog jhaz tiba-tiba terbuka pintu hati untuk menukilkan sebuah kenangan yang agak pahit dan kelat untuk diimbau semula..

segala-galanya bermula lebih kurang 10 tahun yang lalu (tahun 2002)..waktu tu masih belajar di APIUM Nilam Puri..asalnya memang saya tak berminat dengan MLM ni..takut nak ambil risiko..tetapi bila kakak sendiri join dan approach saya menjadi downline..saya pun mula mencuba..dengan modal lebih kurang RM500 (ambil duit simpanan) huhu... saya pun join...alhamdulillah ramai juga yang join..cuma satu benda yang saya tak berapa nak suka ialah nak mencari downline..sampai satu level kita dijanjikan dengan gaji RM3K sebulan dan melancong ke Sydney...namun ternyata itu semua duniawi semata-mata.. mungkin sebab bisnes yang x berapa nak berkat, akhirnya banyak duit dihabiskan dan tak dapat pun gaji RM3K sebab tak cukup syarat (points)..

Malas nak ingat balik panjang-panjang..cuma, saya ambil ia sebagai satu pengajaran..tiada jalan pintas untuk menjadi kaya..saya berubah menjadi seorang yang negatif selepas tu..saya melarikan diri daripada downline, x angkat telefon (termasuk call dari upline yang selalu paksa gi function)..

Justeru, walaupun berat untuk melafazkan tetapi kena cakap jugala.. Saya mohon maaf banyak-banyak kepada downline saya (kesemuanya sahabat-sahabat saya) kerana melibatkan anda semua dalam bisnes MLM OT (nama ringkas)..saya tahu kebanyakan anda kecewa seperti mana saya jua..jika ada yang terbaca tulisan ini sebarkanlah salam maaf saya kepada sahabat2 lain..moga ia menjadi pengajaran berguna buat kita semua dan tidak mudah lagi tertipu@terpedaya selepas ini..

JUTAAN KEMAAFAN DIPOHON KHUSUS BUAT SAHABAT-SAHABAT APIUM NP BATCH 2002/2003..terutama aini, aina, kak hifzan, kak ferizah dll..


5 ulasan:

  1. akakpun penah ada kenangan pahit ngan MLM... nak tulis gak tapi entahler tak terluah.. lagipun ramaijer yang berjaya ngan MLM ni..mungkin akak bukan ke arah itu...
    ps.. hanis thanks baca blog akak tu.. sama cam akak gak sebelum gi langkawi banyak gak blog yang membantu.. akak suka ngan blog sebab ceritanya dari hati.. bukan iklankan...

    BalasPadam
  2. Ramai yg kecundang dalam MLM ini Hanis. Tapi kakak akak tengok gayanya semakin baik income dia bahkan dari satu MLM dia masuk satu lagi MLM yg biasa-biasa. Sampai sekarang dia dah tak kerja tau, just buat MLM dia tu...

    Tak sama kan mungkin Hanis macam kakak tak boleh buat MLM.

    BalasPadam
  3. L memang tak percaya.. huu. dari dulu lagi. ramai dok ajak. Nasib la L ni jenih xberduit.. hehe n kedekut sikit.. keh2

    BalasPadam
  4. tak penah join...dan memang x berminat nak join...dulu ada gak org suggest suh join..tp tengah study mana ada modal..

    BalasPadam

Copyright © 2016 LaKarAn haTi and Blogger Themes.